Budidaya Tanaman Nilam dan Minyak Nilam

Minyak Nilam

Minyak nilam tergolong dalam minyak atsiri dengan komponen utamanya adalah patchoulol. Daun dan bunga nilam mengandung minyak ini, tetapi orang biasanya mendapatkan minyak nilam dari penyulingan uap terhadap daun keringnya (seperti pada minyak cengkeh). Di Indonesia minyak nilam juga disuling dari kerabat dekat nilam yang asli dari Indonesia, nilam Jawa (Pogostemon heyneani), yang memiliki kualitas lebih rendah.
Minyak nilam yang baik umumnya memiliki kadar PA di atas 30%, berwarna kuning jernih, dan memiliki wangi yang khas dan sulit dihilangkan. Minyak nilam jenis ini didapat dengan menggunakan teknik penyulingan uap kering yang dihasilkan mesin penghasil uap (boiler) yang diteruskan ke dalam tangki reaksi (autoklaf) selanjutnya uap akan menembus bahan baku nilam kering dan uap yang ditimbulkan diteruskan ke bagian pemisahan untuk dilakukan pemisahan uap air dengan uap minyak nilam dengan sistem penyulingan. Minyak nilam yang baik dihasilkan dari tabung reaksi dan peralatan penyulingan yang terbuat dari baja tahan karat (stainless steel) dan peralatan tersebut hanya digunakan untuk menyuling nilam saja (tidak boleh berganti-ganti dengan bahan baku lain).

Budidaya Tanaman Nilam dan Minyak Nilam

Karena sifat aromanya yang kuat, minyak ini banyak digunakan dalam industri parfum. Sepertiga dari produk parfum dunia memakai minyak ini, termasuk lebih dari separuh parfum untuk pria. Minyak ini juga digunakan sebagai pewangi kertas tisu, campuran deterjen pencuci pakaian, dan pewangi ruangan. Fungsi yang lebih tradisional adalah sebagai bahan utama setanggi dan pengusir serangga perusak pakaian. ( Wikipedia ).

Tanaman Nilam

Nilam merupakan tumbuhan semak yang mempunyai banyak cabang dengan batang separa berkayu diselaputi bulu halus. Daunnya lebar, berwarna hijau tua keunguan, berbentuk bujur dan bergerigi serta mengeluarkan aroma yang menyenangkan (berbau wangi) apabila diramas. Pada asalnya tumbuhan yang hidup meliar di hutan ini dikenali oleh penduduk setempat dengan nama “Doun Tilam Utan” / “Tilam Wangi”. Ia diletakkan di bawah tilam atau bantal dengan kepercayaan bahawa ia akan memanjangkan umur dan menyihatkan tubuh.


Nama Nilam pula dikatakan diperoleh daripada singkatan nama perusahaan Belanda pada zaman kolonial dulu yang melakukan proses penyulingan dan eksport komoditi ini secara besar-besaran. Nama perusahaan tersebut adalah Nedherland Indische Landbouw Mascapaij (NILAM).

Nilam menjadi pilihan untuk dikomersialkan semula di Malaysia bagi pengeluaran minyak pati (patchouli essential oil) dalam industri wangian kerana sifatnya yang berupaya mengikat minyak pati lain (fixatives) penting dalam pembuatan minyak wangi. Antara bahan kimia yang terdapat dalam minyak pati nilam termasuklah benzaldehyde, cardinene, cinnamic aldehyde, eugenol dan ‘patchouli alcohol’. Minyak nilam digunakan dalam membuat produk seperti sabun, bahan pencuci, syampu, antiseptik dan ubat antiserangga. Pada konsentrasi yang rendah, ia juga digunakan sebagai bahan perisa dalam produk minuman dan makanan.

Budidaya Tanaman Nilam dan Minyak Nilam

Nilam sebenarnya telah dibawa masuk dan ditanam di Semenanjung Malaysia pada awal tahun 1800. Penanaman nilam bagi pekebun kecil Malaysia mulai berkurangan dengan kemasukan tanaman getah yang lebih menguntungkan pada awal tahun 1900. Nilam masih ditanam secara komersial di Indonesia (Acheh), China dan Brazil. Secara tradisional, air rebusan daun nilam dilaporkan digunakan untuk mencuci pakaian, mewangikan kain batik dan mengubati sakit tekak, asma, batuk dan demam.
Terdapat beberapa spesies nilam yang ditemui dan antara yang popular diperkatakan adalah seperti berikut :

Pogostemon cablin Benth.
Merupakan spesies nilam yang menjadi pilihan bagi penghasilan minyak pati nilam secara komersial berdasarkan hasil penelitian di Balitro (Balai Penelitian Tanaman Rempah dan Obat-obatan) di Bogor kerana kandungan minyak yang tinggi. Asalnya dikatakan daripada Kepulauan Filipina dan berkembang ke Malaysia, Madagaskar, Paraguay, Brazil dan Indonesia. Lebih dikenali sebagai “Nilam Acheh” kerana ditanam secara komersial di Acheh.
Nilam Acheh terbahagi kepada beberapa subspesies dan dari hasil penelitian terdapat tiga varieti utama Nilam Acheh. Masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri dan dinamakan dengan nama daerah dimana jenis varieti tersebut tumbuh dan berkembang.

1. Varieti Tapak Tuan.

Mempunyai hasil tuaian daun berproduktiviti tinggi, sesuai untuk ditanam secara komersial.

2. Varieti Lhokseumawe.

Kadar minyak yang dihasilkan adalah tinggi dan kadar “Patchouli Alcohol’ > 33% ( mencapai standard untuk kualiti eksport). Sesuai untuk dikembangkan bagi perniagaan tani.

3. Varietas Sidikalang.

Daun berwarna hijau gelap keunguan. Dikelaskan dalam kualiti sederhana baik dari segi produktiviti daun mahupun penghasilan minyak. Namun ia mempunyai ketahanan yang baik terhadap serangan hama dan nematode penggangu tanaman Nilam. Bagi keselamatan pengembangbiakkan, variasi jenis ini menjadi pilihan utama.

Pogostemon hortensis.

Dikenali sebagai “Nilam Sabun” kerana minyaknya boleh digunakan untuk mencuci pakaian. Banyak terdapat di daerah Banten, Jawa Barat. Menyerupai nilam jawa tetapi tidak berbunga.

Pogotemon heyneanus.

Dikatakan berasal daripada India tetapi dikenali sebagai “Nilam Jawa” atau “Nilam Hutan” kerana banyak tumbuh di hutan Pulau Jawa. Satu-satunya jenis nilam yang dikenal pasti mengeluarkan bunga. Ditanam di daerah Surabaya untuk bunganya yang akan dijual dalam kuantiti besar dengan harga yang mahal bagi tujuan perubatan.

*Semoga Artikel Ini Bermanfaat Untuk Anda.

NO COMMENTS